Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sebenarnya temuduga
ini adalah yang pertama saya pergi untuk degree nanti. Optometri as 2nd choice
and Radioterapi a.k.a X-Ray 5th choice. Semua permohonan yang saya mintak semua
Sains kesihatan dan tak tahulah kenapalah nak bidang ni. Tapi yang betul-betul
nak of courselah 1st choice. Tempat temuduga dekat Ukm KL tetapi dekat klinik
audiologi diorang. Mula- mula pergi tu tengok panjang gila beratur. Yela semua
kos kesihatan buat dekat situ dan untuk area zon tengah memang banyaklah. Ramai
kan nak masuk UKM nih. Masa tu jugaklah aku buat eunion dengan budak asasi aku.
Berjam-jam beratur untuk ambil nombor. Untuk sesi pagi aku kos Radioterapi dan
aku tryla usha budak yang dah siap interview diorang kata okay jer. penemuduga
pom tak banyak tanya sebab kitorang budak asasi UKM. Kitorang ni UKM je boleh
pergi, dahtu nak campak mana lagi kalau bukan UKM. Okay lepastu dalm bilik
panel tu diorang akan pilih 3 orang untuk masuk dan saya dapat budak cina dan
budak Melayu. Tegyr-tegurlah dulu tanya apa khabar semua tak tegur nanti
diorang ingat saya sombong pulak. Masuk-masuk tu dapat die punya head of
department kos tu. So, diorang review dulu CV yang kita buat. Pastikan korang
buat CV betul-betul.
1. Introduce yourself.
Saya cakapla my name is bla...bla....then
im just recently finish my study in ASASIpintar foundation programme then dia
cakap. So, this is the only university that you can apply is it. Aku angguk
jelah. so jawapan saya dimatikan begitu sahaja then dia pom tanya orang lain
pulak. Kalau dia tanya in english jawab in english kalau tanya in malay jawab
in malay. Korang kena peka.
2. What criteria do you have?
Soalan ni korang kena relate kan dengan
kos korang. Pandai-pandailah promote diri diorang. Disebabkan die appointed
dekat aku first aku pom cakaplah pasal diri aku yang tak out topic sikit dengan
critertia radiologist ni. Orang lain siap jawab diorang pandai handle machine,
precise then macam -macam lagi. Lepastu barulah aku fikir balik, kenapalah
kelaut sangat aku jawab.
3. Apa hobi awak pada masa lapang?
Soalan ni dalam BM dan sangat sempoi
sangat. saya cakap saya sukat tengok video dan hias benda lepastu ade satu
panel tu cakap so awak suka main indoor lah. Lepastu aku cakaplah yang aku suka
bersukan jugak. Masuk topik ni terus aku promote diri yang aku ni pernah wakil
bla bla. Diorang pom oooohhh oooh . Ala-ala teruja gitu. dan aku pom rasa
bersalah jugak sebab aku banyak ambil masa panel aku ssebab dua orang lagi
kejap je diorang jawab.
3 soalan je dia tanya tapi korang kena
jawab dengan berhikmahlah. Kawan aku yang dapat panel lain cakap die kena
soalan tell me basically what do radiologist do?. So korang kena buat research
jugaklah pasal sedikit sebanyak kos ni.
Pada sesi petang pulak, kos optometri dan
hanya tiga orang je sesi petang. Yang sesi pagi pom tak habis lagi.
Sama jugak aku menuggu giliran sampailah
kena panggil. Siap tanya lagi kawan aku sesi pagi apa yang diorang tanya.
Diorang kata susah sikit soalan dia. Lepastu aku mulalah cuak. Masuk dalam
bilik panel tu aku duduk hujung sekali lepastu diorang tanya lah.
1. Perkenalkan diri awak secara ringkas
dan mengapa awak berminat dalam bidang ni?
2. if youhave to choose . Do you want to
be a leader or follower?
3. Soalan situasi. Kalau orang buta
melintas jalan dan awak telah lewat untuk menghadiri temuduga ni adakah awak
akan selamatkan orang tua itu atau awak akan tinggalka.
Yang soalan last ni kalau jawab nak
selamatkan panel akan condem lepastu awak tak nak kos ni. So korang memang kena
pandailah pilih. Dua dua jawapan betul sebenarnya dan panel nak uji personaliti
dan cara korang berfikir.
Bila dah habis semua tu pergilah salam dan
diorang ucap goodluck dekat kitorang sebab diorang cakap dalam beribu ribu
orangdiorang nak 300 orang student je dalam kos Sains kesihatan ni. Aduhai..

No comments:
Post a Comment