Assalamualaikum dan selamat
sejahtera,
Sebenarnya saya dah hampir 2 bulan ditemuduga untuk kos Pergigian dekat UKM dan mengambil masa untuk updatekan blog saya. Sejujurnya saya hanya igin berkongsi pengalaman kepada bakal yang akan ditemuduga pada masa hadapan. Masa diberi pilihan oleh UKM untuk pilih kos mana untuk Degree nanti saya memang letak kos ni sebagai pilihan pertama saya sebab saya memang minat sangat dan saya tak nak mengulangi kesilapan saya yang lalu dengan try and error. Beberapa minggu selepas tu, saya check permohonan untuk ditemuduga. Mula-mula tu nampak Temuduga ke Kos Optometri lepastu rasa agak sebak sebab saya ingatkan ikut susunan pilihan sebab Optometri ni second choice. Then, scroll bawak nampak kos Radioterapi. Lagilah berlinang air mata sebabtu pilihan kelima . Lepastu jeng-jeng jeng. '' ANDA DITAWARKAN KE SESI TEMUDUGA KOS DOKTOR PERGIGIAN''.
Terlompat-lompat
aku, then terus panggil Umi cakap yang dapat. Mak aku pom excited jugak yelah
sebab aku takut pointer tak lepas. Alhamdulilah dapat. So, memang aku buat
preparationlah untuk temuduga ni. Oh lupa nak cakap. saya tak apply ikut UPU
tapi apply guna sistem UKM je sebab saya pelajar asasi UKM.
Saya ditemuduga di UKM KL bukan dekat UKM Bangi. Masa sesi temuduga saya tu dalam 30 orang dan mostly budak asasi pintar sendiri yang lain-lain student dari matriks, A-level, asasi UITM dan ASASI UM. Temuduga kali ni sangat teratur eventnya. Diorang dah bahagikan group-group pelajar. Tetapi kami semua bukan ditemuduga dalam kumpulan tetapi secara individu. Kalau tahun lepas diorang buat ujian wire bending tetapi tahun ni kena carve soap. Mula-mula aku macam bengang kenapa kena carve lepastu barulah fkir diorang nak tengok kemahiran tangan masa yang diorang bagi dalam 30 minit ke 45 minit. Okay dah 2 bulan, so saya dah lupa.Lepas siap diorang akan masukkan dalam bilik kurungan. Lepastulah baru mulanya sesi temuduga dengan panel. Semuanya ada dalam bilik dan pelajar dan dibahagi dalam 5 kumpulan, so kena tunggu giliran jelah and giliran ni bukan first come first serve. Diorang dah letakkan awal-awal. Saya dapat giliran kedua dalam kumpulan dan Alhamdulilah masa interview tu ada budak asasi sekali so bolehlah borak-borak buat hilang segan sikit.
Dalam 10 minit lepastu, diorang panggil. masa tu beg kena letak luar then dia akan bagi macam satu keratan karangan tentang rokok. Okay article then ada arahan dan soalan. Nanti bila saya masuk dalam bilik panel tu saya kena macam jawab soalan dalam tu. Lepas pelajar yang first keluar diorang pom panggil saya masuk. Masa tu ada 3 orang panel. SAya sangat gugup macam nak luruh jantung ni. Semua panel perempuan dam Melayu.
1. Introduce yourself
2. When your started to like being a dentist?
3. Explain tentang hasil soap crave dibuat?
4. What the hardest thing in dentistry?
5. How you leadership?
6. Tak ingat
7. Soalan situasi berkenaan dengan volunterr work ( In Malay)
8. Soalan situasi berkenaan macam mana nak deal dengan orang dalam event kalau dia tak suka dekat kita ( In Malay)
Jawab tentang article tadi.
Soalan dia tak susahpom sebenarnya tetapi aku yang nervous sangat dan saya rasa banyak lagi soalan dalam english tu cuma lupalah apa yang diorang tanya. Aku pom lupa nak cakap tentang research semua. Dan adalah sesalan disitu sebab saya rasa saya tak buat yang terbaik. So, saya tawakal dan berdoa kepada ALLAH agar dapat kos ni. Korang kena buat research berkenaan kos ni, draftkan jawapan and bina confident dalam diri ni.
Masuk
degan tenang jer rilek jer. Masa introduce yourself aku tu pendek sangat sebab
masa temuduga yang sains kesihatan asyik kena cut dengan panel so dah terbiasa
dengan macam tu. Sedih.

So bila saya cuba ingat
balik apa yang saya buat dekat interview aritu saya akan sedih tetapi bila
saya ingat balik saya dan buat yang terbaik. Sekarang tengah tunggu keputusan
dan harap Allah bagi yang terbaik untuk saya. Amin.
Terima kasih atas perkongsian! Sekarang akak dapat kos tu? Tahniah!! Saya pun baru nk iv pergigian ukm nanti...huhhuu doakan saya jugak kak!
ReplyDelete